Bukan seperti aplikasi lain, Telegram tidak mengguna data peribadi anda untuk tujuan iklan. Mesej ditaja di Telegram berdasarkan hanya pada topik di saluran awam di mana ianya diketahui. Ini bermakna tiada data pengguna akan diguna atau dianalisa untuk paparan iklan, dan setiap pengguna yang menonton saluran di Telegram akan nampak mesej ditaja yang sama.
Bukan seperti aplikasi lain, Telegram tidak menjejak samada anda tekan pada mesej ditaja dan tidak memprofil anda berdasarkan aktiviti anda. Kami juga mencegah link luaran di mesej ditaja untuk pastikan pihak ketiga tak boleh mengintip pengguna kami. Kami percaya setiap pengguna mempunyai hak privasi, dan sepatutnya diakuri oleh platform teknologi.
Telegram menyediakan servis percuma tanpa had kepada beratus juta pengguna, yang melibatkan kos server dan trafik yang tinggi. Untuk terus kekal bebas dan mengikuti lunas prinsip kami, Telegram membangun alat bayaran untuk mempromosi mesej dengan mengambil kira privasi pengguna. Kami mengalu-alukan pengiklan yang bertanggungjawab di:
https://ads.telegram.org
Mesej Ditaja kini sedang diuji. Apabila telah dilancarkan sepenuhnya dan membolehkan Telegram membiayai kos asasnya, kami akan mula berkongsi hasil iklan dengan pemilik saluran awam di mana mesej ditaja dipamirkan.
Iklan di talian tidak lagi disamakan dengan salah guna privasi pengguna. Mari kita tentukan semula bagaimana syarikat teknologi sepatutnya beroperasi - besama-sama.
Log in here to translate Telegram apps. Please enter your phone number in the international format and we will send a confirmation message to your account via Telegram.